Kata Aluan
Assalamualaikum
Warahmatullah,
Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia.
Alhamdullillah, dengan tulus
ikhlas kami memanjatkan kesyukuran serta mengalungkan setinggi penghargaan,
atas kehadiran para ibu bapa yang memberi sedikit ruang dan sokongan pada kita
untuk bersama-sama menjayakan serta memeriahkan Karnival
Sihathon anjuran Persatuan Ibu Bapa-Guru (PIBG) sekolah kali ini pada
hari Sabtu 1hb. November, 2014.
Kutipan sumbangan yang
terkumpul sungguh membanggakan, jutaan terima kaseh atas kerjasama penuh para
ibu-bapa, penjaga dan masyarakat setempat.
Keakraban serta semangat kerja
berpasukan antara pihak sekolah dengan ibu bapa amat diperlukan dalam
menjayakan agenda kecemerlangan mutu pendidikan anak-anak di sekolah, akademik
& ko-kurrikulum.
Aspek kesihatan berkait rapat
dengan kecemerlangan pelajar. Bersamalah kita amalkan cara hidup
‘Keluarga Sihat’, wujudkan budaya hidup sihat bermula dari rumah
hingga ke sekolah.
Sekolah merupakan tempat yang paling
sesuai bagi mempromosikan kesihatan di peringkat kanak-kanak memandangkan sekolah
adalah sebuah institusi yang terurus, tersusun, selain mempunyai kemudahan dan
sumber yang boleh dikongsi bersama-sama dalam melaksanakan program ini.
Persekitaran dan budaya sekolah
kondusif turut menjadi faktor yang menyokong usaha ini demi kecemerlangan
murid-murid. Selain itu, dapat melahirkan modal insan yang mempunyai aspirasi
moral yang tinggi.
Hasil kutipan jualan kupon program ini
serta sumbangan akan dijadikan dana PIBG sekolah bagi penambahbaikan prasarana sekolah
dari semasa ke semasa untuk tujuan tersebut.
Penganjuran karnival ini turut dibantu
oleh pihak korporat, selain mendapat kerjasama sepenuhnya daripada ibu bapa dan
masyarakat setempat.
Walaupun kebanyakan gerai jualan
disewakan kepada peniaga dari luar namun turut disertai guru dan ibu bapa serta
AJK PIBG sekolah yang tidak ketinggalan menyumbang tenaga serta kewangan bagi
mengumpul dana sekolah.
Turut serta Kelab kayuhan KUNTAU dan
rakan-rakan yang bersama memeriahkan Program ini dengan ‘Fun Ride’nya. Aktiviti
berbasikal juga selari dengan program FitMalaysia yang telah dilancarkan oleh
Menteri Belia dan Sukan tak lama dulu.
Akhir kalam, kami mengucapkan
ribuan terima kasih sekali lagi kepada Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan yang sudi
bersama-sama menjayakan Program ini. Kami menyusun jari memohon maaf sekiranya
terdapat salah, silap dan kekurangan selama Program ini berlangsung serta tutur
kata kami. Apa yang kami perkatakan datangnya dari hati kami yang ikhlas demi
melihat kemajuan anak-anak murid kita.
En. Nor Azman bin Amat Kalam
YDP PIBG SK Bandar Tasik Kesuma
No comments:
Post a Comment