Friday 13 February 2015

Program/Aktiviti Sekolah Bulan Feb/Mac 2015

1. Kelas Tambahan Tahun 6 setiap Sabtu.
Untuk murid Tahun 6 sahaja.
Bermula 14 Februari 2015
Setiap Sabtu minggu 2, 3 dan 4
Jam: 7.30 pagi - 12.00 tengahari

2. Kelas Writing Course Bahasa Inggeris
Untuk murid Tahun 6 sahaja.
Bermula 14 Februari 2015
Setiap Jumaat
Jam: 11.50 pagi - 12.20 tengahari

3. Cuti Sekolah Tahun Baru Cina
18 - 23 Februari 2015
Rabu - Isnin
Hari Selasa sekolah  seperti biasa.

4. Menangani Masalah Kehadiran dan Lewat ke Sekolah
Sesi pagi: 7.30 - 1.20 tgh
Sesi petang 1.20 - 6.40 ptg

Murid-murid digalakkan datang awal ke sekolah kerana ada pelbagai aktiviti mengikut panitia mata pelajaran dijalankan sebelum waktu persekolahan bermula.
(7.15 - 7.30 pagi) (1.00 - 1.20 ptg)

Minta kerjasama agar dapat memastikan murid menepati waktu persekolahn yang telah ditetapkan.
Ini adalah kerana masalah kelewatan ke sekolah semakin serius dan didapati pelajar yang sama sering lewat.
Berdasarkan siasatan berpunca daripada ibu bapa.

5. Baju sukan sekolah boleh dibeli di pejabat mulai 16 Februari 2015
Lengan pendek: RM13
Lengan panjang: RM14



Thursday 5 February 2015

Mesyuarat Agung PIBG SK Bandar Tasik Kesuma

Bisik-bisik YDP PIBG 

Assalamualaikum Warahmatullah, Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia

Alhamdullillah, kita panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran diperketemukan bersempena Mesyuarat Agung Persatuan IbuBapa-Guru(PIBG) kali ke 11, 2015. Tahniah atas kehadiran ibu bapa yang berjaya memberi sedikit ruang dan sokongan.

Kami warga Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Kesuma amat mengalu-alukan pelajar-pelajar kembali ke sekolah, terutama kepada pelajar-pelajar Tahun 1 serta kepada IbuBapa/Penjaga mereka ke alam persekolahan, pembelajaran, pendidikan dan keibubapaan sebenar.

Sediamaklum, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, bermatlamat memperlengkapkan sistem pendidikan negara. Fokus utama kita di sini adalah Anjakan 9: Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas, dimana Sarana Sekolah dan Sarana Ibubapa diutamakan.

Sejujurnya, penglibatan menyeluruh semua pihak amat dihargai walaupun kini masuk tahun ke 3 perlaksanaannya di sekolah kita masih amat kurang menggalakkan. Walaubagaimanapun kami amat berbangga atas pencapaian serta kejayaan Program ’Sihathon 2014’, tahniah.

Mari kita tanamkan semangat kesedaran tentang kepentingan penglibatan di dalam PIBG bagi memudahkan guru-guru melaksanakan tanggungjawab mendidik dengan berkesan dan dedikasi. Terbukti bahawa ibubapa yang aktif dalam persatuan ini anaknya akan cemerlang.

Kecemerlangan dan kejayaan anak-anak adalah kejayaan ibu bapa dapat merealisasikan impian atas kerjasama mereka mendidik dalam setiap inti pembelajaran dan pendidikan. Dalam ertikata lain, Penerokaan pembelajaran bermula di rumah”.

Pembentukan karakter seseorang anak itu bermula dari rumah dan banyak dipengaruhi oleh ibubapa dan anggota keluarga yang lain mendidik mereka dalam pelbagai aspek kehidupan.

Seperkara lagi, tuntutan hidup juga merupakan cabaran besar terpaksa dilalui oleh ibu bapa berikutan terpaksa bekerja sehingga ada antara mereka terlepas pandang untuk membentuk ikatan kekeluargaan yang kukuh berasaskan kasih sayang.

Kajian menunjukan dengan jelas bahawa meluahkan kasih sayang melalui sentuhan dan pelukan bukan sahaja merapatkan hubungan kekeluargaan malah mampu mengurangkan tekanan emosi dan risiko penyakit jantung serta merendahkan tekanan darah. Marilah kita meluangkan masa sekurang-kurangnya 10 saat setiap hari untuk memeluk anak kita bagi meningkatkan kemesraan serta keharmonian dalam keluarga.

Setinggi penghargaan serta ucapan terima kasih atas kehadiran para ibu-bapa dan guru-guru bagi menjayakan Majlis ini. Selamat bersidang dan bermuafakatlah kita.

Salam hormat, 

(NOR AZMAN BIN AMAT KALAM)
Yang DiPertua PIBG Sessi 2014/2015
SK Bandar Tasik Kesuma
43700 BERANANG
SELANGOR DARUL EHSAN













AJK 2015