Thursday 27 December 2012

Mesyuarat Agung PIBG SKBTK kali ke-9


Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Persatuan Ibu Bapa - Guru sekolah ini akan mengadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-9 pada ketetapan berikut :-
-
            TARIKH           : 12 JANUARI 2013
            HARI                : SABTU
            MASA              : 8.00 PAGI
            TEMPAT         : FOYER SK BANDAR TASIK KESUMA, BERANANG

3. Sehubungan dengan itu, tuan / puan adalah dijemput untuk menghadiri mesyuarat agung tersebut pada tarikh dan hari yang telah ditetapkan.

4.  Bersama ini disertakan borang usul untuk diisi dan disampaikan kepada Setiausaha PIBG pada atau sebelum 7 Januari 2013 (Isnin). Usul hendaklah yang berkaitan dengan PIBG dan tidak menyentuh tentang pentadbiran sekolah dan peribadi seseorang. Sekiranya terdapat lebih daripada satu usul yang sama, pihak jawatankuasa hanya akan memilih satu usul yang terbaik untuk dibawa ke Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-9.









Borang Usul

Makluman Program Orientasi & Pendaftaran Masuk Murid Tahun 1/2013


Sehubungan dengan ini adalah dimaklumkan bahawa Hari Orientasi bagi murid-murid Tahun 1/2013 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh     :  31 Disember 2012 ( Isnin )                                                                              
                             Tempat :  Foyer Sekolah & Bilik Darjah Tahun 1
                             Masa     :  7.45 pagi  -   Murid berkumpul di dataran perhimpunan
 ( 7.45 Pagi – 12.00 Tgh):  8.00 pagi  -   Murid akan menjalani ujian pengesanan
                                                                   -  Ibu Bapa mendengar taklimat
                                                9.30 pagi  -  Pengagihan Buku Teks ( di Bilik SPBT )
                                                                               
Semua ibu / bapa / penjaga muid Tahun 1 / 2013 dikehendaki hadir pada tarikh tersebut dan murid-murid diwajibkan memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap dan membawa alat tulis.

Sekian untuk makluman dan tindakan tuan/puan. 
Kerjasama tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih. 






Friday 9 November 2012

Keputusan UPSR 2012

Keputusan UPSR 2012 akan diumumkan pada Isnin: 19 Oktober 2012. Murid yang terlibat Tahun 6 wajib hadir lengkap berpakaian sekolah mulai jam 10.00 pagi berkumpul di Foyer sekolah. Ibu bapa Tahun 6 dialu-alukan datang dan penyerahan sumbangan PIBG kepada murid yang layak.

Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2012

Keputusan akhir tahun 2012 untuk semua murid tahun 1-5 dengan melayari website www.nkra saps.moe.gov.my
Selamat Maju Jaya!

Wednesday 31 October 2012

Hari Anugerah Cemerlang 2012

SK Bandar Tasik Kesuma akan mengadakan Hari Anugerah Cemerlang pada hari Sabtu: 3 November 2012 untuk murid yang yang mendapat keputusan cemerlang. Hanya murid-murid yang terlibat sahaja yang akan hadir pada hari tersebut. Tahniah kepada yang berjaya. Amin!

Monday 22 October 2012

Progran/Aktiviti Sekolah Bulan Oktober 2012

a. 25 & 26 Oktober 2012 - Cuti Hari Raya Aidiladha
(Cuti 25 Okt telah diganti pada 21 April 2012 yang lalu).
b. 24 Oktober 2012 (Rabu) - Pemulangan buku teks Tahun 1 dan Tahun 2
c. 24 Oktober 2012 - Pemakaian baju sukan semua murid sesi petang.
Pertandingan Futsal tahun 3 sahaja.
d. 29 Oktober 2012 - Sambutan Hari Kanak-kanak Peringkat Sekolah 2012.
Pemakaian baju sukan murid sesi petang manakala sesi pagi memakai pakaian uniform sekolah.
e. 3 Nov 2012 - Hari Anugerah Cemerlang untuk murid yang terlibat sahaja.
f. 7 @ 8 Nov 2012 - Hari Graduasi Tahun 6 bergantung pada tarikh keputusan UPSR untuk murid tahun 6 sahaja.

Sunday 21 October 2012

Tarikh Pemulangan dan Penerimaan Buku SPBT

Jadual tarikh pemulangan buku teks sesi 2012 dan penerimaan buku teks sesi 2013
Bagi murid tahun 2 (2012), buku SPBT untuk tahun 2013 hanya nakan diberikan pada tahun hadapan disebabkan buku SPBT tahun 3 belum diterima oleh pihak sekolah. 

Beberapa judul buku akan diberikan pada tahun hadapan kerana masih belum menerima bekalan iaitu:-
1. Sains Tahun 5
2. Amalai Sains Tahun 5
3. Matematik Tahun 5
4. Sains Tahun 6
5. Amali Sains Tahun 6
6. Matematik Tahun 6


Friday 19 October 2012

Memohon Sumbangan Buku Cerita Bahasa Inggeris

Pusat Sumber Sekolah ingin memohon sumbangan buku bacaan Bahasa Inggeris dan buku ilmiah untuk sudut Bahasa Inggeris.

Sebarang sumbangan bolehlah terus ke pejabat.

Pihak sekolah amat berbesar hati dan menghargai keprihatinan serta kerjasama tuan/puan.

Saturday 13 October 2012

Peperiksaan Akhir Tahun 2012

Murid-murid SK Bandar Tasik Kesuma akan menghadapi peperiksaan akhir tahun 2012 bermula pada 15 Oktober 2012 (Isnin) hingga 19 Oktober 2012 (Jumaat).
Semua pelajar dikehendaki bersedia untuk menghadapi peperiksaan tersebut. Semoga anak kita mendapat keputusan yang cemerlang.
Amin!


Thursday 6 September 2012

Program/Aktiviti Sekolah Sepanjang UPSR

1. Peperiksaan UPSR - Tarikh 11 September 2012 - 13 September 2012
2. Program Pembugaran Sains, Bahasa Inggeris dan Agama Islam Tahun 5 Kenanga, 5 Melati dan 5 Angsana pada 7, 8 dan 10 September 2012 (Kelas lain direhatkan). Tujuan progran ini bagi murid yang lemah dan masih belum memahami konsep matapelajaran Sains, B. Inggeris dan Agama Islam.
3. Kerja Rumah untuk semua murid Tahun 1 - 5.
4. Program Mentor Mentee Linus Tahun 1.
5. Program Pembugaran Agama Islam Tahun 1 - Tahun 3 (Murid terlibat sahaja.)
6. Majlis Solat Hajat Perdana UPSR 2012.
7. Merehatkan murid Tahun 1 - 5 sepanjang tarikh peperiksaan UPSR.
8. Sekolah ganti - Satu sessi (Murid yang terlibat sahaja)
9. Majlis Khatam Quran sambutan Hari Raya.

* Sekolah ganti akan diadakan pada 8 September 2012.
Semua murid:-
1. Tahun 6 Kenanga, 6 Melati dan 6 Angsana
2. Murid Program Mentor Mentee Linus Tahun 1
3. Murid Program Pembugaran Agama Islam Tahun 1 - Tahun 3 (yang terlibat sahaja)

Saturday 11 August 2012

Peperiksaan pada bulan Ogos

Peperiksaan Bulan Ogos & Percubaan UPSR Tahun 6 akan diadakan pada 13-15 Ogos 2012. Semoga anak kita mendapat keputusan yang cemerlang. Insyallah!

Peperiksaan UPSR

Peperiksaan UPSR akan diadakan pada 11-13 September 2012. Semoga anak-anak kita bersedia untuk mendapat keputusan yang cemerlang hendaknya. Amin!

Cuti Hari Raya Aidilfitri & Sekolah Ganti

Sekolah akan mula bercuti pada 17-26 Ogos 2012 bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Sekolah Ganti cuti Hari Raya Aidilfitri akan diadakan pada 22 September 2012. Harap maklum.

Saturday 21 July 2012

Waktu Persekolahan Dalam Bulan Ramadan

1. Sesi pagi:
Isnin - Khamis 7.30 - 12.50 tgh
Jumaat 7.30 - 11.50tgh
2. Sesi petang
Isnin - Khamis 1.10 - 5.30 ptg
Jumaat 2.10 - 5.30 ptg
PIBG SKBTK mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan al-Mubarak.
Semoga Ramadan kali ini membawa seribu rahmat dan keberkatan dari sebelumnya...
Amin!




Tuesday 26 June 2012

Sukan Tahunan SK Bandar Tasik Kesuma 2012

TARIKH: 30 JUN 2012
HARI: SABTU
MASA: 8:00PG


Acara:
- 50m akhir (Tahun 1,2,3)
- 100m akhir ( Tahun  4,5,6)
- 200m saringan dan akhir( Tahun 4,5,6)
- 80m berpagar akhir ( Tahun 4,5,6)
- Persembahan orkestra
- Sukaneka ( Tahun 1,2,3)
- 4x100 dan 4x200m akhir ( Tahun 4,5,6)
- Jualan gerai PIBG
- Penyampaian hadiah

Semua dijemput hadir memeriahkan lagi sukan pada tahun ini..

Friday 15 June 2012

Hari Terbuka SK Bandar Tasik Kesuma

Perjumpaan Ibubapa dengan Guru-guru Kelas Tahun 1-6

Semua ibubapa dijemput hadir. Pelajar digalakkan hadir bersama ibubapa dengan berpakaian sukan sekolah dan kasut sekolah. Sehubungan dengan itu semua aktiviti pada hari tersebut dibatalkan.
Sehubungan dengan itu pihak sekolah berharap tuan/puan dapat membuat perancangan agar dapat berjumpa dengan guru kelas dan berbincang tentang masalah pelajaran anak tuan/puan demi kebaikan bersama.
Harap maklum

Sunday 10 June 2012

Al-Fatihah

Adalah dimaklumkan ayah mertua YDP PIBG SK Bandar Tasik Kesuma,  En Azman bin Ahmad Kalam telah menghembuskan nafas yang terakhir pada pukul 3.50 pagi Ahad di Hospital Kajang.

Jenazah akan dikebumikan di Rhumbia, Melaka. Maklumat lanjut hubungi 012-2372248 - En Azman

Thursday 24 May 2012

Pelajar TKC cipta hos air automatik diiktiraf dunia

KERATAN Akhbar Utusan Malaysia hari ini...
SEREMBAN 23 Mei - Idea inovatif seorang pelajar tingkatan empat, Kolej Tunku Kurshiah (TKC) di sini yang mencipta hos air automatik untuk mengekalkan kebersihan tandas mengharumkan nama negara apabila berjaya merangkul dua anugerah antarabangsa.

Pelajar tersebut, Siti Norsarah Suhaimi, 16, memenangi Anugerah Emas kategori keseluruhan pertandingan dan Anugerah Khas daripada Pertubuhan Reka Cipta Korea dalam Pertandingan Reka Cipta dan Inovasi di Lasi, Romania pada 9 hingga 14 Mei lalu.

Menurut Siti Norsarah, idea menghasilkan ciptaan yang dinamakan 'Aqueract' itu timbul hasil pemerhatiannya ke atas kebersihan hos air di tandas awam.

“Jika kita perhatikan, hos air di tandas awam kebanyakannya kotor untuk dipegang, maka dari situ lahirnya idea untuk saya menghasilkan hos air automatik menggunakan teknologi pengesan haba.

 “Menerusi rekaan saya itu, pengguna hanya perlu mendekatkan tangan ke tempat pengesan dan hos akan keluar, begitu juga untuk memasukkannya semula,” katanya kepada pemberita selepas majlis bertemu Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan di Wisma Negeri, di sini hari ini.

Menurut Siti Norsarah, menerusi ciptaannya itu hos air akan sentiasa berada dalam bekas di dinding selain fungsi penyemburan pembasmi kuman selepas penggunaannya.

Katanya, dia mengambil masa setahun untuk menyiapkan 'Aqueract' itu dan dibangunkan dengan kerjasama Universiti Tenaga Nasional (Uniten).

 Dia yang bercita-cita menjadi seorang doktor gigi memberitahu, reka cipta merupakan bidang yang sangat diminatinya dan pernah memenangi beberapa anugerah termasuk pertandingan reka cipta peringkat negeri serta kebangsaan tahun lepas.

Selain Siti Norsarah, pelajar TKC lain yang terlibat dalam pertandingan reka cipta sama ada di peringkat kebangsaan atau antarabangsa turut berkongsi kejayaan dengan Mohamad pada pertemuan tersebut.

 Mereka termasuk Nur Fatin Nabila Mohd. Nadzri, 16, dan Nur Syafiqah Izzati Padeli, 16, yang menghasilkan lapisan filem sebagai pelindung sinar ultraviolet (UVB) menggunakan ekstrak daun pokok lidah jin yang dicampurkan dengan polimer.

Kedua-dua pelajar itu memenangi Anugerah Emas dalam Pameran Inovasi dan Kejuruteraan Reka Cipta Antarabangsa (i-Envex) dan Malaysian International Young Inventors Olympiad (MIYIO) yang berlangsung di Universiti Malaysia Pahang (Unimap), baru-baru ini.

Sementara itu, Azra Zulaikha Haris, 16, dan Iyliana Hiylda Fitri Haron, 16, pula mendapat Anugerah Emas MIYIO dan Anugerah Khas daripada `Croatia Inova Young Inventor’ menerusi projek penghasilan bahan ganti kayu menggunakan minyak serai dan fiber. - Utusan Malaysia

Makluman satu sesi

Makluman Tentang sekolah satu sesi, Sambutan Hari Guru dan Cuti Sekolah Pertengahan Tahun

1. Dimaklumkan pada hari Jumaat: 25 Mei 2012 waktu persekolahan adalah satu sesi. Tahun 1-6.

2. Sekolah juga akan mengadakan sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah pada hari tersebut.

Waktu persekolahan adalah 7.30pg - 11.50 tengahari

Sila pastikan urusan pengangkutan pergi dan balik anak tuan/puan pada waktu yang ditetapkan.

3. Cuti Sekolah Pertengahan Tahun bermula dari 26 Mei 2012 - 10 jun 2012.

Sekian harap maklum.

Tuesday 22 May 2012

Bowling Ria SKBTK meriah!

Tarikh: 19 Mei 2012
Masa: 2.00 petang
Tempat: Ampang Superbowl, Metro Kajang
AJK PIBG SKBTK sibuk menyusun hadiah...

'Test-power...'

Bacaan doa sebelum acara bermula untuk memohan keberkatan.

Antara yang hadir...



Cikgu Zahari selaku MC riuh-rendah pada hari tu...



Pemenang kategori kanak-kanak perempuan



Pemenang kategori kanak-kanak lelaki








Pemenang kategori perempuan dewasa





Pemenang kategori lelaki dewasa

Thursday 17 May 2012

Tahniah Siti Norsarah!

Keratan akhbar Utusan Malaysia
Bekas pelajar SKBTK juara inovasi Eropah

KUALA LUMPUR 16 Mei - Pelajar tingkatan empat Kolej Tunku Kurshiah, Siti Norsarah Suhaimi, 16, mengharumkan nama negara setelah memenangi pingat emas dalam pertandingan Pameran Kreativiti dan Inovasi Eropah di Romania minggu lalu.

Menurut Siti Norsarah, selain memenangi pertandingan itu, produk reka ciptanya melalui projek bertajuk  ‘Aqueract’ turut menarik perhatian  Akademi Rekacipta Korea yang menganugerahkannya dengan Anugerah Khas.

Katanya, pertandingan selama tiga hari bermula 10 Mei itu mempertandingkan kira-kira 500 projek reka cipta dari 30 buah negara.

“Kemenangan ini amat bermakna buat saya setelah sebelum ini hanya menduduki tempat kedua pada pertandingan Pesta Sains dan Kejuruteraan Antarabangsa (ISEF) Intel peringkat kebangsaan tahun lalu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Siti Norsarah, projek ‘Aqueract’ merupakan projek penggunaan hos paip pintar dan anti bakteria mesra alam untuk penggunaan di tandas terutama tandas awam.

“Seringkali kita melihat pengguna tandas awam membiarkan hos paip di atas lantai yang kotor namun melalui projek ini saya mencipta sejenis alat yang boleh mengeluar dan menyimpan hos berkenaan melalui sentuhan tangan pengguna.

“Alat itu juga akan menyembur cecair anti bakteria bagi memastikan hos paip sentiasa dalam keadaan bersih,” katanya.

Siti Norsarah berkata, projek berkenaan yang merupakan idea asalnya dimulakan pada April tahun lalu dengan kerjasama Pusat Lanjutan Mekatronik dan Robotik, Universiti Tenaga Nasional (Uniten) bagi memastikan prototaip produk tersebut menggunakan standard yang sewajarnya.

“Saya berterima kasih kepada Pengetua sekolah, Che Kamaliah Endud, guru-guru penasihat penyelidikan dan pembangunan, Uniten, rakan-rakan dan ibu bapa saya yang sering memberi sokongan kepada saya dalam projek ini,” katanya.

Menurut Siti Norsarah, dia kini merancang menambah baik produk reka ciptanya selain mendapatkan hak paten daripada Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).-Utusan Malaysia






















Keratan akhbar Kosmo!