Monday 28 October 2013

Sunday 20 October 2013

Peperiksaan Akhir Tahun 2013

Peperiksaan akhir tahun akan bermula 21 Okt hingga 25 Okt 2013. 
Ibu bapa diminta memantau pelajaran anak-anak bagi menghadapi peperiksaan tersebut.
Semoga anak-anak kita berjaya mendapat keputusan yang cemerlang.
Amin!

Sunday 6 October 2013

Lawatan Sambil Belajar

Pada 21 september 2013 @ sabtu, seramai 188 orang murid tahun 5 , 19 orang murid pra sekolah dan 13 orang guru-guru dari Sekolah Kebangsaan  Bandar Tasik Kesuma telah mengikuti lawatan sambil belajar ke muzium TUDM, Aquaria KLCC dan Petrosains, KLCC Kuala Lumpur.

Murid-murid sangat teruja melihat kapal terbang dan helikopter lama yang telah dipamerkan. Murid-murid juga seronok  melihat pelbagai jenis ikan di Aquaria, KLCC serta pelbagai pameran sains di Petrosains, KLCC , Kuala Lumpur.