Pada 21 september 2013 @ sabtu, seramai 188 orang murid tahun 5 , 19 orang murid pra sekolah dan 13 orang guru-guru dari Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Kesuma telah mengikuti lawatan sambil belajar ke muzium TUDM, Aquaria KLCC dan Petrosains, KLCC Kuala Lumpur.
Murid-murid sangat teruja melihat kapal terbang dan helikopter lama yang telah dipamerkan. Murid-murid juga seronok melihat pelbagai jenis ikan di Aquaria, KLCC serta pelbagai pameran sains di Petrosains, KLCC , Kuala Lumpur.
No comments:
Post a Comment