Thursday 24 May 2012

Pelajar TKC cipta hos air automatik diiktiraf dunia

KERATAN Akhbar Utusan Malaysia hari ini...
SEREMBAN 23 Mei - Idea inovatif seorang pelajar tingkatan empat, Kolej Tunku Kurshiah (TKC) di sini yang mencipta hos air automatik untuk mengekalkan kebersihan tandas mengharumkan nama negara apabila berjaya merangkul dua anugerah antarabangsa.

Pelajar tersebut, Siti Norsarah Suhaimi, 16, memenangi Anugerah Emas kategori keseluruhan pertandingan dan Anugerah Khas daripada Pertubuhan Reka Cipta Korea dalam Pertandingan Reka Cipta dan Inovasi di Lasi, Romania pada 9 hingga 14 Mei lalu.

Menurut Siti Norsarah, idea menghasilkan ciptaan yang dinamakan 'Aqueract' itu timbul hasil pemerhatiannya ke atas kebersihan hos air di tandas awam.

“Jika kita perhatikan, hos air di tandas awam kebanyakannya kotor untuk dipegang, maka dari situ lahirnya idea untuk saya menghasilkan hos air automatik menggunakan teknologi pengesan haba.

 “Menerusi rekaan saya itu, pengguna hanya perlu mendekatkan tangan ke tempat pengesan dan hos akan keluar, begitu juga untuk memasukkannya semula,” katanya kepada pemberita selepas majlis bertemu Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan di Wisma Negeri, di sini hari ini.

Menurut Siti Norsarah, menerusi ciptaannya itu hos air akan sentiasa berada dalam bekas di dinding selain fungsi penyemburan pembasmi kuman selepas penggunaannya.

Katanya, dia mengambil masa setahun untuk menyiapkan 'Aqueract' itu dan dibangunkan dengan kerjasama Universiti Tenaga Nasional (Uniten).

 Dia yang bercita-cita menjadi seorang doktor gigi memberitahu, reka cipta merupakan bidang yang sangat diminatinya dan pernah memenangi beberapa anugerah termasuk pertandingan reka cipta peringkat negeri serta kebangsaan tahun lepas.

Selain Siti Norsarah, pelajar TKC lain yang terlibat dalam pertandingan reka cipta sama ada di peringkat kebangsaan atau antarabangsa turut berkongsi kejayaan dengan Mohamad pada pertemuan tersebut.

 Mereka termasuk Nur Fatin Nabila Mohd. Nadzri, 16, dan Nur Syafiqah Izzati Padeli, 16, yang menghasilkan lapisan filem sebagai pelindung sinar ultraviolet (UVB) menggunakan ekstrak daun pokok lidah jin yang dicampurkan dengan polimer.

Kedua-dua pelajar itu memenangi Anugerah Emas dalam Pameran Inovasi dan Kejuruteraan Reka Cipta Antarabangsa (i-Envex) dan Malaysian International Young Inventors Olympiad (MIYIO) yang berlangsung di Universiti Malaysia Pahang (Unimap), baru-baru ini.

Sementara itu, Azra Zulaikha Haris, 16, dan Iyliana Hiylda Fitri Haron, 16, pula mendapat Anugerah Emas MIYIO dan Anugerah Khas daripada `Croatia Inova Young Inventor’ menerusi projek penghasilan bahan ganti kayu menggunakan minyak serai dan fiber. - Utusan Malaysia

Makluman satu sesi

Makluman Tentang sekolah satu sesi, Sambutan Hari Guru dan Cuti Sekolah Pertengahan Tahun

1. Dimaklumkan pada hari Jumaat: 25 Mei 2012 waktu persekolahan adalah satu sesi. Tahun 1-6.

2. Sekolah juga akan mengadakan sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah pada hari tersebut.

Waktu persekolahan adalah 7.30pg - 11.50 tengahari

Sila pastikan urusan pengangkutan pergi dan balik anak tuan/puan pada waktu yang ditetapkan.

3. Cuti Sekolah Pertengahan Tahun bermula dari 26 Mei 2012 - 10 jun 2012.

Sekian harap maklum.

Tuesday 22 May 2012

Bowling Ria SKBTK meriah!

Tarikh: 19 Mei 2012
Masa: 2.00 petang
Tempat: Ampang Superbowl, Metro Kajang
AJK PIBG SKBTK sibuk menyusun hadiah...

'Test-power...'

Bacaan doa sebelum acara bermula untuk memohan keberkatan.

Antara yang hadir...



Cikgu Zahari selaku MC riuh-rendah pada hari tu...



Pemenang kategori kanak-kanak perempuan



Pemenang kategori kanak-kanak lelaki








Pemenang kategori perempuan dewasa





Pemenang kategori lelaki dewasa

Thursday 17 May 2012

Tahniah Siti Norsarah!

Keratan akhbar Utusan Malaysia
Bekas pelajar SKBTK juara inovasi Eropah

KUALA LUMPUR 16 Mei - Pelajar tingkatan empat Kolej Tunku Kurshiah, Siti Norsarah Suhaimi, 16, mengharumkan nama negara setelah memenangi pingat emas dalam pertandingan Pameran Kreativiti dan Inovasi Eropah di Romania minggu lalu.

Menurut Siti Norsarah, selain memenangi pertandingan itu, produk reka ciptanya melalui projek bertajuk  ‘Aqueract’ turut menarik perhatian  Akademi Rekacipta Korea yang menganugerahkannya dengan Anugerah Khas.

Katanya, pertandingan selama tiga hari bermula 10 Mei itu mempertandingkan kira-kira 500 projek reka cipta dari 30 buah negara.

“Kemenangan ini amat bermakna buat saya setelah sebelum ini hanya menduduki tempat kedua pada pertandingan Pesta Sains dan Kejuruteraan Antarabangsa (ISEF) Intel peringkat kebangsaan tahun lalu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Siti Norsarah, projek ‘Aqueract’ merupakan projek penggunaan hos paip pintar dan anti bakteria mesra alam untuk penggunaan di tandas terutama tandas awam.

“Seringkali kita melihat pengguna tandas awam membiarkan hos paip di atas lantai yang kotor namun melalui projek ini saya mencipta sejenis alat yang boleh mengeluar dan menyimpan hos berkenaan melalui sentuhan tangan pengguna.

“Alat itu juga akan menyembur cecair anti bakteria bagi memastikan hos paip sentiasa dalam keadaan bersih,” katanya.

Siti Norsarah berkata, projek berkenaan yang merupakan idea asalnya dimulakan pada April tahun lalu dengan kerjasama Pusat Lanjutan Mekatronik dan Robotik, Universiti Tenaga Nasional (Uniten) bagi memastikan prototaip produk tersebut menggunakan standard yang sewajarnya.

“Saya berterima kasih kepada Pengetua sekolah, Che Kamaliah Endud, guru-guru penasihat penyelidikan dan pembangunan, Uniten, rakan-rakan dan ibu bapa saya yang sering memberi sokongan kepada saya dalam projek ini,” katanya.

Menurut Siti Norsarah, dia kini merancang menambah baik produk reka ciptanya selain mendapatkan hak paten daripada Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).-Utusan Malaysia






















Keratan akhbar Kosmo!