Wednesday 16 January 2013

Bayaran Bantuan Awal Persekolahan RM100

Tarikh: 17 Januari 2013 (Khamis)
Masa: 11.00 pg-1.00 ptg
Tempat: Kelas anak masing-masing

Bawa bersama dokumen semasa menuntut bayaran:
1. Kad Pengenalan Ibubapa/Penjaga (asal)
2. Surat lahir murid (asal)
3. Sila bawa bersama surat bertarikh: 14 Januari 2013 'Makluman Berkaitan Bayaran Bantuan Awal Persekolahan RM100' yang telah diserahkan pada anak anda oleh guru kelas.
4. Tuan/puan boleh membawa balik anak-anak setelah urusan bantuan wang persekolahan diterima dari pihak sekolah.

Sunday 13 January 2013

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 9, 2013


TARIKH           : 12 JANUARI 2013
HARI                : SABTU
MASA              : 8.00 PAGI
TEMPAT         : FOYER SK BANDAR TASIK KESUMA, BERANANG


Bisik-bisik YDP PIBG

Assalamualaikum Warahmatullah, Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia.

Alhamdullillah, dengan tulus ikhlas saya memanjatkan kesyukuran serta mengalungkan setinggi penghargaan, atas kehadiran para ibu bapa yang memberi sedikit ruang dan sokongan pada mesyuarat kali ini.

Setiap kita, tentu sekali mempunyai kenangan manis akan keterujaan hari pertama di sekolah, kebimbangan untuk memperoleh kenalan-kenalan baru serta berjumpa dengan guru baru. Apabila sekolah bermula pada 2013, kira-kira 5.3 juta pelajar kembali ke bilik darjah masing-masing untuk menimba ilmu demi mencapai masa hadapan yang cerah.

Selamat maju jaya kepada mereka semua, tatkala kita berganding bahu dengan para guru dan pendidik seluruhnya dalam menyokong pembangunan anak-anak ini bagi mendapat pendidikan yang sempurna.

Sesungguhnya sejak dari dahulu lagi, nenek moyang kita menyedari bahawa pendidikan adalah kunci bagi membangunkan negara dengan aman dan harmoni.

Sediamaklum, Kerajaan sangat komited melaksanakan Transformasi, Integriti, Inovasi dan Kreatif terhadap sistem pendidikan di Malaysia, bermatlamat memperlengkapkan sistem pendidikan negara ke tahap yang lebih baik, maka wujudlah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Terdapat sebelas anjakan utama untuk mentransformasikan sistem pendidikan negara, dan anjakan ke-9 iaitu Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas adalah anjakan yang penting untuk PIBG dan sekolah.

Kajian menunjukkan dengan jelas bahawa proses pembelajaran turut berlaku di luar sekolah, di rumah dan dalam persekitaran masyarakat. Daripada kajian, hanya satu per empat sahaja masa murid di sekolah. Oleh itu, keutamaan melakukan anjakan daripada ”pembelajaran sekolah” kepada ”sistem pembelajaran” adalah dengan cara melibatkan ibu bapa, masyarakat, sektor swasta dan sektor sosial sebagai rakan dalam membantu pembelajaran murid ketika di luar sekolah.

Setiap ibubapa akan menjadi rakan yang aktif dalam proses pembelajaran anak mereka, bukan sahaja melalui aktiviti lazim, seperti hari sukan, hari penyerahan kad laporan serta hari anugerah cemerlang, tetapi juga menerusi Persatuan Ibu Bapa – Guru (PIBG) sebagai penghubung yang menyediakan maklum balas tentang hal ehwal pengurusan berasaskan sekolah.

Bantuan dari prasarana yang baik sahaja akan meningkatkan kualiti pembelajaran seseorang murid. Oleh itu, tugas PIBG adalah membantu pihak sekolah melengkapkannya. Diharapkan PIBG akan mempunyai rangkaian masyarakat dan sektor swasta sebagai rakan yang mampu memberikan sumbangan kepakaran untuk kemajuan sekolah.
    
Penglibatan menyeluruh semua pihak, terhadap pembangunan insan amat dihargai sepenuhnya dari kami PIBG. Semoga sesi yang akan datang, SK Bandar Tasik Kesuma akan menjadi salah sebuah sekolah yang terbaik di dalam Daerah Hulu Langat.

Bermuafakatlah kita dan diucapkan Selamat Maju Jaya kepada Warga Pendidik, Ibubapa serta Para Pelajar Khususnya.

Salam hormat,

NOR AZMAN BIN AMAT KALAM
Yang Di-Pertua PIBG 2012/2013
SK Bandar Tasik Kesuma
43700 BERANANG
SELANGOR DARUL EHSAN

Sekitar Mesyuarat Agung SK Bandar Tasik Kesuma
BARISAN kepimpinan PIBG SKBTK 2012, Mohd Zahari Ismail (Setiausaha), Nor Azman Amat Kalam (YDP), Zakaria Shaaban (NYDP), Haslinah Mohamad Din (Bendahari)

PENASIHAT , Hajah Rusda bt Mosdaram menyampaikan ucapan.
ANTARA ibubapa yang hadir.
OKESTRA dari murid-murid.
TARIAN 1Malaysia...
DARI kiri, Hajah Ruhaiza bt A. Rahman (GPK HEM), Zakaria Shaaban, Azman Amat Kalam, Rusdan Mosdaram dan Hasnizar Kharuddin (GPK Kurikulum).
Antara pemenang cabutan bertuah...