Tuesday 27 May 2014

Semua Sekolah Dilengkapi Internet 4G Tahun Depan


Tokoh Nilam Daerah Hulu Langat 2014

Tarikh: 18-20 Mei 2014
Program: Kem Nilam Daerah Hulu Langat
Nama peserta: Nasrin Akhtar bt Muhamad Azrin
Kedudukan: Naib Johan kategori Bahasa Inggeris
Tempat: BTP Negeri Selangor, Shah Alam




Friday 9 May 2014

Aktiviti Mei - Jun 2014

1. Sekolah ganti untuk Hari Raya Aidil Fitri: 28 & 29 Julai 2014 (Isnin, Selasa)
Cuti Peristiwa: 30 Julai 2014 (Rabu)
Cuti Berganti: 31 Julai 2014 (Khamis) & 1 Ogos 2014 (Jumaat)


TARIKH: 10 Mei 2014 (Sabtu) (Jadual waktu hari Khamis)
- Sesi pagi - 7.20pg - 1.20 ptg
- Sesi ptg - 1.20pm - 6.40pm
* Semua murid sesi pagi ada latihan rumah sukan
- Pakaian baju sukan

* Semua murid sesi petang belajar seperti biasa.

2. Sambutan Hari Guru: 
TARIKH: 16 Mei 2014 (Isnin, Selasa)
- Sesi pagi - 7.20pg - 11.50 tgh
* Semua murid sesi petang hadir pada sebelah pagi. (sekolah satu sesi sahaja)

3. Kem LINUS - BM, BI dan Matematik 
Sasaran kepada murid Tahun 1

TARIKH: 17 Mei 2014 (Sabtu)
- Kehadiran Ibubapa murid-murid yang terlibat sahaja.

4. Peperiksaan Pertengahan Tahun 2014 
- Murid Tahun 1 hingga Tahun 5
- Jadual Waktu Peperiksaan akan diedarkan kepada murid-murid.

TARIKH: 19 - 23 Mei 2014 (Isnin-Jumaat)

5. Buku Adab Belajar 
- Sasaran kepada semua murid Tahun 4 (Tahap 2)
* Perlu membeli Buku Adab Belajar di Kedai Buku SKBTK.
* Tulis nama dan serahkan kepada Guru Kelas masing-masing.

6. Cuti Sekolah Pertengahan Tahun Penggal ke-2 

TARIKH: 28 - 16 Jun 2014 (19 hari)
- Kehadiran Ibubapa murid-murid yang terlibat sahaja.




Tuesday 6 May 2014

Petua Jangan Lupa...

7  RAHSIA TIDAK LUPA APA YANG CIKGU AJAR DALAM KELAS


1. Abaikan Semua Yang Lain
Apabila cikgu mula mengajar sahaja, hentikan semua perkara lain. Berhenti cari buku, berhenti asah pensel, berhenti suruh orang diam dan berhenti mengikat tali kasut dll. Beri tumpuan 100% kepada penerangan guru. Ini RAHSIA PALING BESAR pelajar cemerlang !

2. Teka,  Apa Cikgu Mahu Ajar ?
Sebelum cikgu mula mengajar satu topik, tanya dalam minda.
• Topik ini berkenaan apa ?
• Apa yang penting agaknya dalam topik ini ?
Lebih banyak soalan dalam minda sebelum cikgu bermula, LEBIH BAGUS !

3. Conteng Kertas Kosong
Semasa cikgu mengajar, jika ada soalan keluar dalam minda mengenai apa kita tidak faham, contengkan di atas kertas tersebut. Apa yang faham semasa cikgu mengajar, conteng juga.

4. Bayangkan Apa Yang Cikgu Sedang ajar
Jika kita TIDAK BAYANGKAN apa cikgu sedang ajar, kita akan terbayangkan perkara lain. Membayangkan perkara selain apa cikgu ajar inilah yang dinamakan berangan-angan atau khayal dalam kelas.Bayangkan dapat melihat apa yag cikgu sedang terangkan dan apa yang cikgu sedang ceritakan.

5. Cepat-cepat Buat Latihan
Soalan daripada latihan boleh menentukan sama ada kita faham atau tidak. Lebih banyak faham, lebih banyak kita akan INGAT. Apabila terjumpa soalan yang tidak dapat dijawab atau kita tidak faham, tuliskan soalan di atas kertas untuk ditanyakan kepada cikgu kita.

6. Minta Bantuan Cikgu Setelah Mencuba
Ada pelajar bertanya kepada cikgu sebelum dia cuba menjawab soalan dengan bersungguh-sungguh. Ini menyebabkan mudah lupa. Buat dulu, fikir dahulu dan jawab dahulu dengan bersungguh-sungguh kemudian baru bertanya.


7. Baca Semula Apa Cikgu Ajar Sebelum 48 Jam.
Kajian saintis mengatakan bahawa jika belajar 10 perkara hari ini, mereka akan lupa 9 daripadanya selepas 2 hari. Cara mengatasinya ialah selepas berlajar satu topik baru, sebelum 2 hari berakhir, baca semula atau ulangkaji semula. Kita akan lebih mudah ingat dan pasti TIDAK MUDAH LUPA !


Pelancaran Bulan Panitia Sains

Tarikh: 5 Mei 2014