Wednesday 4 September 2013

Program Sekolah


1. Merehatkan murid tahun 1-5.
Sepanjang tarikh-tarikh sebelum dan semasa peperiksaan UPSR.
i. Bagi menyediakan dewan dan bilik-bilik peperiksaan UPSR, banyak bilik yang terlibat.
ii. Kehadiran murid-murid ke sekolah pada tarikh-tarikh peperiksaan UPSR akan menggangu suasana peperiksaan.
iii. Calon-calon akan dapat menjawab soalan dengan lebih selesa dan tenang.

Tarikh:
6 September 2013 - Tahun 1-3 direhatkan. Tahun 4-6 sekolah seperti biasa (Jumaat).
9, 10, 11, 12 September 2013 - Murid tahun 1-5 direhatkan

2. Pecutan Terakhir UPSR
7 September 2013 (Sabtu) Semua murid Tahun 6 wajib hadir.

3. Pecutan Terakhir dan Majlis Restu UPSR dan penyerahan alatan tulis kegunaan UPSR kepada murid tahun 6.
9 September 2013 (Isnin) Semua murid Tahun 6 wajib hadir.

4. Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat Perdana sempena UPSR 2013 serta sambutan Hari Raya SKBTK.
Pihak sekolah amat berbesar hati sekiranya tuan/puan sudi memberi sumbangan ikhlas kepada Jawatankuasa Pelaksana. Sebarang sumbangan boleh disampaikan melalui guru kelas anak jagaan tuan/puan.
5 September 2013 (Khamis) Bermula solat Maghrib.
Aturcara:-
6.30 - Kehadiran murid dan ibubapa.
7.25 - Solat Maghrib, Solat Hajat, Bacaan Yassin, Tazkirah, Solat Isyak dan Jamuan Hari Raya.

5. Kerja rumah untuk semua murid sepanjang cuti rehat sempena UPSR.
Semua muird tahun 1-5 akan dibekalkan oleh guru-guru bagi semua pelajaran terutama Bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
6-12 September 2013. Semua ibu bapa tahun 1- tahun 5.

6. Semua sekolah seperti biasa -  13 September 2013.
* Cuti Umum Hari Malaysia - 16 September 2013.

7. Pengesahan muird tahun 1 sesi persekolahan 2014 
Mulai 1 Ogos - 15 Oktober 2013.
Kepada ibubapa yang berminat, sila ambil tindakan segera.

8. Online kemasikan SBP, KRK, KAA dan SMKA telah dibuka mulai 1 Sept-15 Okt 2013.
Surat telah diedarkan kepada murid tahun 6 pada 26 Ogos 2013.
1 September 2013-15 Oktober 2013. Kepada ibu bapa yang berminat, sila ambil tindakan segera.

9. Saringan 2 (Literasi dan Nuerasi) Program Linus 2.0 Daerah Hulu Langat 2013.
Lisan - 1 September 2103. Semua ibu bapa tahun 1 - tahun 3 sila ambil perhatian.

10. Sukan tahunan sekolah 2013
5 Oktober 2013 (Sabtu). Makluman semua ibu bapa.

Disebabkan sekolah sedang menghadapi sumber air, diharap murid dan ibu bapa datang dalam keadaan berwuduk atau membawa bekalan air sendiri untuk berwuduk.



No comments:

Post a Comment