Bisik-bisik YDP PIBG SK Bandar Tasik Kesuma
di Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 8, 2012
Assalamualaikum Warahmatullah, Salam Sejahtera dan Salam
Satu Malaysia
Alhamdullillah,
tahniah dan setinggi penghargaan ke atas semangat permuafakatan serta kehadiran
para ibu bapa yang memberi sedikit ruang dan sokongan pada Majlis ini, semoga jalinan
mesra sediaada bersama Guru-guru bertambah padu. Bak konkrit di dalam batu.
Kerajaan
telah mempromosi beberapa pendekatan utama memajukan negara yang semestinya
merangkumi dasar pelajaran kita, antaranya; Inovasi, Transformasi dan kini
Integriti. Integriti yang bermaksud kejujuran, ketelusan serta keutuhan.
Sediamaklum,
Kerajaan telah menunaikan janjinya dengan memansuhkan yuran persekolahan tahun
ini. Perlu diingat bahawa, cadangan dan gesaan pemansuhan ini adalah dari
PIBGN, iaitu Badan Induk PIBG. Oleh yang demikian, disinilah perlu
direalisasikan langkah pertama sifat integriti kita sebagai ibubapa terhadap institusi
yang menjadi medan pembelajaran dan pendidikan anak-anak kita.
Perlu
difahami bahawa belajar dan persekolahan adalah percuma, tetapi menjalankan
aktiviti masih ada kos dan perbelanjaan. Justeru, bagaimana untuk melaksanakan
program yang direncanakan, aktiviti mahu digerakkan oleh sekolah tanpa dana, tanpa
PIBG.
Dalam
konteks persekolahan, ketelusan dan keutuhan amat diperlukan bagi
memperkukuhkan akademik dan sahsiah pelajar, kepercayaan dan keyakinan semua
pihak yang berkaitan, keyakinan diterjemahkan melalui kelancaran program yang
akhirnya membuahkan kejayaan dalam perlaksanannya. Kejayaan dan penghasilannya
akan membantu menggalakkan pembangunan sahsiah dan kemajuan sekolah, pelajar,
ibubapa dan akhirnya negara juga.
Ambil
contoh mudah, dari satu petikan, Kerajaan sediakan Kek yang sudah boleh dimakan,
jika kita mahukan tambahan seperti salutan coklat, krim atau apa saja yang
boleh menambahkan keenakan kek itu, wajarlah kita ambil inisiatif menambahnya.
Bangunan
asas tersergam indah dengan infra tersedia, kelas yang luas dan nyaman,
kerusi-meja, peralatan, buku teks dan pelbagai perkara asas lain. Ibubapa tidak
wajar berkira dengan kos lain yang sepatutnya mereka tanggung. Peranan dan
komitmen ibubapa amat diperlukan. Jangan bebankan guru untuk apa yang bakal
dinikmati anak kita sendiri. Sebagai contoh, guru-guru mengeluarkan belanja
wang sendiri menghias bilik darjah seperti mengecat, menukar cermin tingkap,
menukar langsir, menghias kelas dengan poster-poster berpengetahuan dsbnya.
Begitupun
PIBG telah melaksanakan beberapa tanggungjawabnya; antaranya membantu
membaikpulih permukaan lantai kelas-kelas dan laluan pejalankaki, bumbung
bocor, punca-punca elektrik serta lampu kawasan untuk menjamin persekitaran
persekolahan yang selamat.
Kejayaan, tentunya tidak akan berhasil begitu sahaja,
tanpa sokongan semua pihak. Ketelusan PIBG menggalakkan pelajar agar lebih
bersemangat terutama UPSR dengan membantu menjayakan aktiviti untuk menghadapi
peperiksaan tersebut dan yang paling utama, ganjaran RM100.00 untuk mereka.
Tahniah kepada mereka yang berjaya dengan keputusan 5A.
PIBG amat mengalu-alukan
sokongan semua pihak, ibubapa, individu, syarikat-syarikat, badan korporat
serta lainnya agar tampil menyumbang dari segi bahan (‘material’), kewangan, penajaan
dan kepakaran, membantu menambahbaik prasarana dan
kemudahan di sekolah ini.
Penghargaan
serta ucapan terima kasih atas kehadiran para ibu-bapa dan guru-guru serta kerjasama
menjayakan Majlis ini. Selamat bersidang dan bermuafakatlah kita.
Salam
hormat,
(NOR
AZMAN BIN AMAT KALAM)
Yang
DiPertua PIBG Sessi 2011/2012
SK Bandar
Tasik Kesuma
43700
BERANANG
SELANGOR DARUL EHSAN
No comments:
Post a Comment