Thursday, 26 January 2012

Program Motivasi Tahun 6

KERATAN akhbar Utusan Malaysia menyiarkan Program Motivasi Tahun 6 SKBTK.

PADA hari Sabtu 12 Januari 2012 yang lalu, SK Bandar Tasik Kesuma telah mengadakan Program Motivasi Tahun 6. Beberapa acara telah diatur disepanjang program berlangsung.


Acara bermula dengan senaman pagi yang dikendalikan oleh guru-guru SKBTK.

MURID-MURID bersama guru dalam acara regangan.






SEBAHAGIAN daripada murid-murid yang melakukan regangan.





































































Acara senaman berhenti rehat dan bersarapan pagi.


Acara diteruskan dengan program motivasi daripada bekas pelajar Tahun 6 SK Bandar Tasik Kesuma. Mereka adalah diantara pelajar yang mendapat 5A peperiksaan UPSR tahun sebelumnya.
ANTARA bekas pelajar SKBTK yang cemerlang hadir pada Program Motivasi Tahun 6.
Antara yang menyampaikan motivasi ialah Nasrin Nabihah bt Zuperi dari MRSM Alor Gajah, Siti Norsarah bt Suhaimi, Kolej Tunku Kurshiah, Amir Haziq bin Zainudin, Sekolah Alam Shah dan Mirza Haikal bin Nor Azman dari MRSM Kuala Klawang.


NASRIN NABIHAH
SITI NORSARAH
AMIR HAZIQ




MIRZA HAIKAL

Mereka memberikan motivasi mengenai dugaan, cabaran dan kejayaan melalui pengalaman yang dilalui sepanjang menuntut di sekolah berasrama penuh masing-masing.


Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Guru Besar SK Bandar Tasik Kesuma, Hajah Rusda bin Mosdaram, Yang Dipertua PIBG SK Bandar Tasik Kesuma, Nor Azman bin Amat Kalam dan AJK PIBG.





Majlis berakhir dengan pemberian cenderamata kepada bekas pelajar SK Bandar Tasik Kesuma. 


Semoga program motivasi ini akan mendorong murid-murid tahun 6 untuk mencapai keputusan dengan lebih cemerlang pada tahun 2012. Insyallah!

ANTARA pelajar-pelajar yang hadir di Program Motivasi Tahun 6.


BEKAS pelajar SKBTK bergambar bersama Guru Besar dan YDP PIBG SK Bandar Tasik Kesuma.



Friday, 20 January 2012

Kelas Malam

Kelas malam UPSR anjuran PIBG
Mulai 8 Feb 2012
Setiap Selasa dan Rabu
Makluman ibubapa Tahun 6.
Surat edaran telah diedarkan.

Program Peningkatan Bahasa Inggeris (UPSR)

Writing Course dan programme monitoring.
Mulai 3 Feb 2012
(Setiap Jumaat 11.50-12.20 tengahari)
Maklumat semua ibubapa Tahun 6.

Wednesday, 18 January 2012

Pentaksiran Berasaskan Sekolah UPSR 2012

Pentaksiran Berasaskan Sekolah UPSR 2012 
Lisan bahasa Inggeris, Lisan bahasa Melayu, 
PEKA (Science), PAFA (Agama Islam)


Tarikh: 27 Februari - 9 Mac 2012
Pentaksiran 1 
(Peringkat Sekolah)


Tarikh: 14 Mei - 25 Mei 2012
Pentaksiran 2 
(Peringkat Sekolah)


Tarikh: 7 - 17 Ogos 2012
Pentaksiran 3
(Peringkat sekolah)



Tarikh: 1 - 15 Okt 2012
Pentaksiran 4
(Peringkat sekolah)

* Makluman untuk semua ibu bapa/penjaga tahun 6

Kelas Tasmiq Tahun 1-3

Isnin hingga Khamis: 1.20 - 6.40 ptg.
Jumaat: 2.10 - 6.00 ptg
Sehubungan dengan itu, jadual waktu persekolahan telah bermula dan aktiviti berjalan sepanjang tahun.

Cuti Tahun Baru Cina

Tarikh: 23 - 27 Januari 2012
Murid terlibat: Tahun 1 - 6
Pastikan anak tuan/puan membuat kerja rumah yang telah diberikan dan membuat ulangkaji dan persediaan peperiksaan yang akan datang.

Motivasi Jati Diri Tahun 6

Tarikh: Sabtu 21hb Januari 2012
Masa: 8.00 pagi-1.00 tengahari
Makluman Ibu bapa Tahun 6

Sunday, 15 January 2012

Bisik-bisik


Bisik-bisik YDP PIBG SK Bandar Tasik Kesuma 
di Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 8, 2012

Assalamualaikum Warahmatullah, Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia

Alhamdullillah, tahniah dan setinggi penghargaan ke atas semangat permuafakatan serta kehadiran para ibu bapa yang memberi sedikit ruang dan sokongan pada Majlis ini, semoga jalinan mesra sediaada bersama Guru-guru bertambah padu. Bak konkrit di dalam batu.

Kerajaan telah mempromosi beberapa pendekatan utama memajukan negara yang semestinya merangkumi dasar pelajaran kita, antaranya; Inovasi, Transformasi dan kini Integriti. Integriti yang bermaksud kejujuran, ketelusan serta keutuhan.   

Sediamaklum, Kerajaan telah menunaikan janjinya dengan memansuhkan yuran persekolahan tahun ini. Perlu diingat bahawa, cadangan dan gesaan pemansuhan ini adalah dari PIBGN, iaitu Badan Induk PIBG. Oleh yang demikian, disinilah perlu direalisasikan langkah pertama sifat integriti kita sebagai ibubapa terhadap institusi yang menjadi medan pembelajaran dan pendidikan anak-anak kita.

Perlu difahami bahawa belajar dan persekolahan adalah percuma, tetapi menjalankan aktiviti masih ada kos dan perbelanjaan. Justeru, bagaimana untuk melaksanakan program yang direncanakan, aktiviti mahu digerakkan oleh sekolah tanpa dana, tanpa PIBG.

Dalam konteks persekolahan, ketelusan dan keutuhan amat diperlukan bagi memperkukuhkan akademik dan sahsiah pelajar, kepercayaan dan keyakinan semua pihak yang berkaitan, keyakinan diterjemahkan melalui kelancaran program yang akhirnya membuahkan kejayaan dalam perlaksanannya. Kejayaan dan penghasilannya akan membantu menggalakkan pembangunan sahsiah dan kemajuan sekolah, pelajar, ibubapa dan akhirnya negara juga.

Ambil contoh mudah, dari satu petikan, Kerajaan sediakan Kek yang sudah boleh dimakan, jika kita mahukan tambahan seperti salutan coklat, krim atau apa saja yang boleh menambahkan keenakan kek itu, wajarlah kita ambil inisiatif menambahnya.

Bangunan asas tersergam indah dengan infra tersedia, kelas yang luas dan nyaman, kerusi-meja, peralatan, buku teks dan pelbagai perkara asas lain. Ibubapa tidak wajar berkira dengan kos lain yang sepatutnya mereka tanggung. Peranan dan komitmen ibubapa amat diperlukan. Jangan bebankan guru untuk apa yang bakal dinikmati anak kita sendiri. Sebagai contoh, guru-guru mengeluarkan belanja wang sendiri menghias bilik darjah seperti mengecat, menukar cermin tingkap, menukar langsir, menghias kelas dengan poster-poster berpengetahuan dsbnya.  

Begitupun PIBG telah melaksanakan beberapa tanggungjawabnya; antaranya membantu membaikpulih permukaan lantai kelas-kelas dan laluan pejalankaki, bumbung bocor, punca-punca elektrik serta lampu kawasan untuk menjamin persekitaran persekolahan yang selamat.

Kejayaan, tentunya tidak akan berhasil begitu sahaja, tanpa sokongan semua pihak. Ketelusan PIBG menggalakkan pelajar agar lebih bersemangat terutama UPSR dengan membantu menjayakan aktiviti untuk menghadapi peperiksaan tersebut dan yang paling utama, ganjaran RM100.00 untuk mereka. Tahniah kepada mereka yang berjaya dengan keputusan 5A.

PIBG amat mengalu-alukan sokongan semua pihak, ibubapa, individu, syarikat-syarikat, badan korporat serta lainnya agar tampil menyumbang dari segi bahan (‘material’), kewangan, penajaan dan kepakaran, membantu menambahbaik prasarana dan kemudahan di sekolah ini.

Penghargaan serta ucapan terima kasih atas kehadiran para ibu-bapa dan guru-guru serta kerjasama menjayakan Majlis ini. Selamat bersidang dan bermuafakatlah kita.


Salam hormat,




(NOR AZMAN BIN AMAT KALAM)
Yang DiPertua PIBG Sessi 2011/2012
SK Bandar Tasik Kesuma
43700 BERANANG
SELANGOR DARUL EHSAN

Saturday, 14 January 2012

Mesyuarat Agung PIBG SK Bandar Tasik Kesuma

SEBAHAGIAN daripada ibubapa yang mendaftar semasa Mesyuaarat Agung PIBG SK Bandar Tasik Kesuma.



PERSEMBAHAN 'Mini Orkestra'  daripada pelajar SK Bandar Tasik Kesuma.

PENGACARA majlis, Puan Salina binti Abdul Latib (kiri) dan Puan Norhamiza binti Hassan.


EN MOHD KHALIL BIN RAMLEE membacakan doa bagi memberkati majlis.

DARI kiri, Abdul Rashid Aziz (Naib yang diPertua PIBG), Nor Azman Amat Kalam (Yang diPertua PIBG), Hajah Rusda Mosdaram (Penasihat PIBG), Dr. Suhaimi dan Puan Hasnizar bt Hj Khairuddin .

IBUBAPA turut mengaminkan doa bagi memberkati majlis.



UCAPAN daripada Puan Hajah Rusda binti Mosdaram, Penasihat PIBG SK Bandar Tasik Kesuma.

UCAPAN daripada En Nor Azman bin Amat Kalam, YDP PIBG SK Bandar Tasik Kesuma. 
PERSEMBAHAN Tarian 1Malaysia daripada murid-murid SK Bandar Tasik Kesuma.



PERSEMBAHAN 'Choral Speaking' daripada murid-murid SK Bandar Tasik Kesuma.

DIMERIAHKAN lagi dengan slot 'cabutan bertuah'.

EN AZMAN Amat Kalam memulakan mesyuarat tepat jam 8.30 pagi

ANTARA ibubapa yang hadir.

SEBAHAGIAN daripada ibubapa turut yang menyertai soal jawab pada mesyuarat yang lalu. 

BARISAN AJK PIBG SK Bandar Tasik Kesuma 2012/2013.


Hari Orientasi Tahun 1, SK Bandar Tasik Kesuma, 2012

Sekitar Hari Orientasi tahun 1 di SK Bandar Tasik Kesuma, Beranang pada Selasa: 3 Januari 2012.

DEBARAN semasa mendaftar anak-anak di tahun 1.

MENUNGGU saat mendaftar...

UCAPAN aluan daripada, Hajah Rusda binti Mosdaram, Guru Besar SK Bandar Tasik Kesuma.

SEBAHAGIAN daripada ibu bapa yang hadir mendengar taklimat daripada pihak sekolah.






Thursday, 5 January 2012

Mesyuarat Agung PIBG SK Bandar Tasik Kesuma

Tarikh: 14 Jan 2012
Masa:10.30 pagi
Tempat: Foyer SK Bandar Tasik Kesuma


NOTIS PEMBERITAHUAN MESYUARAT AGUNG PIBG SK BANDAR TASIK KESUMA KALI KE-8

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah ini akan mengadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-8 pada :-

            TARIKH            : 14 JANUARI 2012
            HARI                : SABTU
            MASA               : 8.30 PAGI
            TEMPAT           : FOYER SK BANDAR TASIK KESUMA, BERANANG

3.  Sehubungan dengan itu, tuan / puan adalah dijemput untuk menghadiri mesyuarat agung tersebut pada tarikh dan hari yang telah ditetapkan. Bersama ini disertakan borang usul untuk diisi dan disampaikan kepada Setiausaha PIBG pada atau sebelum 9 Januari 2012 (Isnin). Usul hendaklah yang berkaitan dengan PIBG dan tidak menyentuh tentang pentadbiran sekolah dan peribadi seseorang.

4. Aturcara Majlis adalah seperti berikut:

                    8.00 pagi    : Pendaftaran Kehadiran ibu bapa / penjaga murid
                                     : Persembahan Murid Orkestra
8.30 pagi    : Ucapan aluan Pengerusi Majlis
                                     : Bacaan doa
                                     : Ucapan Penasihat PIBG
                                       (Pn Hjh Rusda bt Mosdaram)
                                     : Ucapan Yang Dipertua PIBG
                                                  (En Nor Azman Bin Amat Kalam)
                           : Penyampaian hadiah dan cenderamata kepada AJK PIBG
                              sesi 2011/2012
                           : Persembahan Murid
9.00 pagi    : Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-8 bermula
                 : Cabutan Bertuah
12.00 t/hari : Majlis Bersurai