Thursday, 21 November 2013

Latih tubi dengan Tutor bawa kejayaan cemerlang


HULU LANGAT 14 Nov. - Inisiatif Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Tasik Kesuma menggunakan akhbar pendidikan terbaharu Utusan Malaysia, Tutor untuk memantapkan persediaan muridnya menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) memberi impak positif kepada prestasi pencapaian sekolah itu.
Guru Besarnya, Rusda Mosdaram  berkata, akhbar pendidikan, Tutor dijadikan antara bahan pengajaran dan pembelajaran dalam program latih tubi yang telah menyumbang kepada kecemerlangan UPSR sekolah itu tahun ini.

“Usaha ini telah menjadikan sekolah kami berjaya menduduki tempat kedua bagi kategori sekolah luar bandar terbaik di Selangor yang mendapat keputusan 5A.
“Pencapaian itu diperoleh melalui komitmen guru dan kerjasama ibu bapa yang berterusan membantu sekolah dalam menjalankan program kecemerlangan dan motivasi murid,” katanya ketika ditemui di sekolah tersebut di sini hari ini.

SK Bandar Tasik Kesuma melanggan 400 naskhah Tutor UPSR untuk melengkapkan persediaan 393 muridnya menduduki peperiksaan itu.
Pada tahun ini, sebanyak 60 orang murid sekolah tersebut memperoleh keputusan 5A.
Sementara itu, salah seorang murid yang cemerlang adalah anak penjual nasi lemak, Muhammad Raiyan Haikal Ali.

“Walaupun ibu hanya menjual nasi lemak dan kadangkala pendapatan keluarga hanya cukup makan sahaja tetapi ibu sentiasa mengingatkan saya dan adik-adik pentingnya pendidikan.
“Susah payah ibu, saya balas dan hadiahkan dengan kejayaan saya meraih keputusan 5A dalam UPSR ini,” katanya.

Menurut anak sulung daripada tiga beradik itu, dia menjadikan ibunya, Junainah Wahab, 37, sebagai aspirasi untuk meraih kejayaan.
Turut berkongsi kegembiraan itu, rakannya, Muhammad Najmi Mohd. Nasir yang juga meraih keputusan cemerlang 5A.

Kata Muhammad Najmi, tumpuan dalam bilik darjah sewaktu guru mengajar banyak membantunya dalam menguasai pembelajaran selain mendapat dorongan daripadanya bapanya.
“Walaupun ayah sibuk bekerja di bengkel, kadang-kala hingga lewat malam, namun ayah sentiasa mengikuti perkembangan pelajaran saya dan adik-adik.

“Ayah juga selalu berpesan supaya saya dapat belajar lebih baik sehingga ke peringkat tertinggi dan mampu menjaga keluarga apabila saya dewasa,” katanya.  - UTUSAN

Majlis Graduasi Tahuhn 6 SKBTK 2013

Seramai 60 orang murid SK Bandar Tasik Kesuma, Beranang telah  mendapat 5A. 
Sekolah ini juga mendapat tempat kedua bilangan 5A terbanyak kategori sekolah luar bandar dalam Negeri Selangor . 
Guru Besar, Pn Hjh Rusda bt Mosdaram mengucapkan terima kasih kepada semua guru SK Bandar Tasik Kesuma terutama guru-guru tahun 6 yang telah mendidik murid-murid ini sehingga berjaya dan kerjasama yang diberikan oleh PIBG banyak membantu kearah kecemerlangan murid. 
Murid lelaki yang mendapat 5A
Adik Muhamad Syazani bin Suhaimi bergambar dengan guru besar dan YDP PIBG
Anak Yang Dipertua PIBG@En Nor Azman bin Amat Kalam - Guru Besar bersama adik Ain Aleesya bt Nor Azman telah mendapat 5A
Guru-guru tahun 6 bergambar dengan barisan pentadbir dan ajk PIBG pada hari graduasi
60 orang murid yang mendapat 5A bergambar dengan barisan pentadbir dan YDP PIBG

Friday, 1 November 2013

Program Sekolah November 2013

31 Oktober 2013 (Isnin) - Merentas Desa
Semua murid tahap 2 terlibat.

1 Nov 2013 (Jumaat) - Sambutan Hari Kanak-kanak Peringkat Sekolah.
Sekolah dijalankan satu sesi sahaja.

4 Nov 2013 (Isnin) - Cuti Sekolah sempena Deepavali.

5 Nov 2013 (Selasa) - Cuti Umum Maal Hijrah

9 Nov 2013 (Sabtu) - Hari Anugerah Cemerlang 2013

12 Nov 2013 (Selasa) - Hari Graduasi Tahun 6.
Ibubapa dijemput hadir untuk memeriahkan majlis.

14 Nov 2013 (Khamis) - Keputusan UPSR